shahrul hafiz
Salam ramadhan semua..

Hari ni da 17 ramadhan..
da hmpir ke syawal..
mkin kurang hari untuk kita beribadat di bulan ramadhan..
Harap ramadhan kali ini tidak sia2 bg kita..

Pada post kali ni aku nak cerita apa yg aku lalui tghari td..
masa aku lalu kat kfc seksyen 2,
aku tgk byk kreta yg lalu kat drive thru..
firasat aku, org non muslim kot..
mybe chinesse or indian..
tp ape yg wat aku terkejut,
malay a.k.a muslim yg membeli kfc di waktu tghari tu..
klau pompuan, yes! aku tau ade excuse..
tp ni laki maa..
bkan sebijik dua kreta yg dipandu lelaki malay a.k.a muslim yg beli kat ctu..
ish2..aku cube berprasangka baik..
tp ye la kan..tgahari tu..
ape pun..
aku nasihatkan diriku n saudara2 ku ntuk tidak berbuat begitu..

selamat bebuka puasa..
shahrul hafiz
Aku seringkali mendapat email n terbaca dimana2 post berkaitan dgn nasihat ni..so, aku rase elok aku pun postkan peringatan ku didalam blog aku supaya aku bley nasihatkan diriku serta kuargaku dan juga pembaca2 blog aku..insyaALLAH..

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Wassalam

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)
shahrul hafiz
Ya ALLAH..
semoga kau tingkatkan kesihatan abahku..
diharap pembedahan abah malam ni berjalan lancar..
amin..

anak2mu sentiasa mendoakan agar abah sentiasa sihat n bahagia
bersama emak..

kami syg abah..
shahrul hafiz





saje nak kali ni aku upload gambo2 mase aku berbuka semalam..hee
alhamdulillah..
shahrul hafiz
Assalamualaikum..

10:13am 6 ramadhan..

Alhamdulillah, masuk hari keenam kita brpuasa..
Hari ini bermula dgn hari yang mendung..
tp semakin cerah dan sejuk..
Best klau tgahari nti still sejuk n mendung lg..
semoga puasa hari ini mendapat keberkatan ilahi..
InsyaALLAH..

LEPAS GERAM!!!!
huh!! aku nk bgtau, jgn jd nasi tambah k..
klau bos dok marah aku jgnla g tambah2 lg..
bkan ko tau ape pun..
just shut up!!
ko tu berlagak pandai!! konon semua tau..
tp tggal lagak je..
n tolong jgn nyibuk ngan task aku..
just do your own task!!!
HUH!!!!
shahrul hafiz

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni sudah 5 Ramadhan..
Dalam kita xsedar, cepat masa berlalu..
Semakin hari semakin berlalu ramadhan..
Sejauh mana amalan kita di bulan mulia ini?
Adakah kita menghitung hari untuk aidilfitri?
Hee macam-macam persoalan yang timbul..

Apa yg saya akan ngarutkan untuk post kali ini adalah
berbuka puasa...

Setiap hari kita akan berfikir,
'nak bli ape ek kat bazar nti?
'ape nak masak ptg nti ek?
'juadah ape yg aku xrase lg kat bazar tu ye?
haha..

Semalam aku hanya berbuka air sirap dan kuih popia..
dan tu jela yg aku mkn smpai sahur pg td..
Bukan xnak bli mknan..cume xsempat..
bley plak supplier smpai jam 7.30pm..
janji 5.30pm..huh ape punya janji daa..

Ape pun aku bersyukur dapat berbuka semalam..
1st time berbuka kat maintenance workshop..
shahrul hafiz




Assalamualaikum semua rakan2...
Salam ramadhan diucapkan..

Hari ni 2 ramadhan..
Alhamdulillah, di harap ramadhan kali ini lebih baik dari yg lepas..
Pada tahun ni maybe aku xdpt nak berbuka dan bersahur bersama family..
Nasib badan..hee walau ape pun aku tetap akan blik raya nti..

Sahur..
da dua mlm aku xterjaga nak sahur..
aduhai..terlepas berkat sahur..
segala alarm da aku set..
tp masih xterjaga..
huhu nasib baik xterlepas subuh..
ape pun aku tetap terlepas berkat sahur 2 mlm yg lepas..

Hadis Sahih Muslim
Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Makan sahurlah kamu, kerana makan sahur itu mengandung berkat!

Aku berharap agar semua rakan, saudara serta kuargaku akan merasai
nikmat dan keberkatan ramadhan pada kali ini..
InsyaALLAH..

'Jangan tinggal solat"...